Friday, July 4, 2014

Awie tidak mengaku cedera isteri

Ampang : Penyanyi rock terkenal, Awie mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap isterinya, Rozana Misbun di Ukay Perdana, Hulu Kelang, di sini, 2 Jun lalu. 

 Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman.




Vokalis kumpulan Wings itu yang memakai jaket hitam hadir ke mahkamah dengan jaminan polis ditemani beberapa rakannya, termasuk ahli kumpulan rock terbabit, Joe dan Eddy.




Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Rozana, 36, hingga menyebabkan wanita terbabit cedera, jam 1.30 petang pada 2 Jun lalu di sebuah rumah di Taman Ukay Bistari, UK Perdana, Hulu Kelang, di sini.

Bekas model Felixia Yeap temui damai dalam Islam

Felixia sah peluk Islam dan Ibunya restu Felixia masuk Islam. Felixia peluk agama Islam pada tarikh kelahirannya.






"Saya bertuah kerana dikurniakan seorang ibu yang bukan sahaja tabah untuk membesarkan saya dan adik dalam keluarga, tetapi rahmat yang terbesar adalah apabila dia, seorang yang bukan Islam, langsung tidak mengetahui tentang agama Islam (kecuali yang Islam tidak boleh makan khinzir) dan seringkali disindir saudara mara yang lain kerana anak perempuannya bertudung sehingga ke muka depan suratkhabar dan sebagainya, tidak membantah.
"Malah, ibu merestui keputusan ini apabila saya memberitahunya yang saya sedang mempelajari tentang agama Islam dan bercadang untuk memeluknya. Ibu kata saya sudah banyak berubah lebih baik," tulis Felicia lagi.

Meanwhile, in her blog posting titled “Hari ini saya akan pulang” (Today, I am going home), Yeap expressed her sentiments about life and her journey before discovering Islam.

“I went to Catholic church every Sunday evening for 2 years. I’ve tried to understand Christianity. I’ve tried to find meaning in worshipping Kuan Yin and others.

“I also tried to adopt Buddhist practices.

“But my heart never felt close to God. My heart never felt touched.

“Today is a historic date for me. It’s like a rebirth.

“Incidentally, this year, my birthday falls on the 5th of Ramadan.


“I’m more excited to know that this date falls on a Thursday, the Prophet Muhammad’s favourite day,” she wrote.

Thursday, July 3, 2014

Felixia Yeap sangkal sudah umum nama Islam

Akhirnya penantian orang ramai berakhir juga. Bekas model seksi, Felixia Yeap yang mencuri perhatian sejak kebelakangan ini apabila tampil berhijab dan menutup aurat telah membuat pengakuan bakal memeluk Islam pada bulan Ramadhan yang akan datang. 



Sebelum ini, banyak pihak yang tertanya-tanya dan beranggapan Felixia sengaja mencari publisiti dengan berjubah dan memakai tudung.

Personaliti dan model jelita, Felixia Yeap menyangkal dakwaan kononnya dia sudah mengumumkan nama Islamnya.
"Saya tahu kalian semua tidak sabar menunggu nama Islam saya umumkan.
"Sepertimana yang dijanjikan, saya sendiri akan mengumumkan nama Islam saya di sini (Facebook) selepas aya mengucap syahadah nanti dan bila waktunya telah tiba, iaitu pada atau selepas 3 Julai (5 Ramadan).
"Buat masa sekarang, saya menyeru agar anda semua jangan percaya pada mana-mana sumber media yang sengaja membuat cerita tentang nama saya bagi melariskan atau mempopularkan berita mereka," tulisnya di laman sosial Facebook-nya.
Dalam pada itu, Felixia berkata, dia hanya pernah mendedahkan nama akhirnya yang bakal dipilih iaitu Rania ketika dalam program televisyen baru-baru ini.
Sementara itu, Felixia dalam status di Facebook-nya turut berkata, dia akan membuat satu laporan polis mengenai akaun Twitter palsu yang menggunakan namanya untuk menjejaskan nama baiknya.
"Taka pa lah. Saya akan buat laporan polis esok pasal akaun palsu Twitter yang gatal melayan semua lelaki itu."