Semakan bantuan sara hidup boleh dibuat di https://bsh.hasil.gov.my . Sila kemaskini bantuan sara hidup pada laman web berkenaan.
Bantuan sara hidup bujang juga boleh dipohon untuk sara hidup 2019. Pembayaran BSH 2019 Sebanyak RM100 secara one – off bagi Kategori Bujang akan dibayar mulai 28 Mac 2019. Semakan status kelayakan boleh dibuat pada Menu Semakan Penerima Bujang.
Semakan bantuan sara hidup 2019 atau bsh boleh dibuat di laman web LHDN yang telah saya nyatakan tadi
Talian bebas tol BSH telah ditukar daripada 1-800-88-2716 (BR1M) kepada 1-800-88-2747 (BSH) pada 27 Disember 2018.
Aplikasi Mobile Bantuan Sara Hidup telah boleh dimuat turun di Play Store / App Store pada Telefon Bimbit dengan Carian Bantuan Sara Hidup
SYARAT PEMOHONAN BANTUAN SARA HIDUP BSH 2019:
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.
- Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM 4,000 dan ke bawah.
- Pasangan Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS).
- Pasangan BUKAN Warganegara Malaysia DAN mempunyai anak Warganegara Malaysia (MyKad / MyKid). Hubungan anak mestilah :
- Anak Kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sahaja;dan
- Warganegara Malaysia dan memiliki pengenalan Malaysia (MyKad/MyKid) sahaja; dan
- Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan;dan
- 18 tahun dan ke bawah;atau
- 19 tahun dan ke atas: tetapi masih belajar sepenuh masa di Intitut Pengajian Tinggin Awam/Swasta; atau
- Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat
PEMOHON YANg TIDAK LAYAK BSH SEPERTI BERIKUT:
- Pendapatan melebihi RM4,000 sebulan
- Menetap di luar negara
- Bujang berumur 59 tahun ke bawah
- Pasangan bukan warganegara / ibu bapa tunggal / janda / duda yang tidak mempunyai anak
- Gagal mengemukakan dokumen sokongan semasa membuat permohonan
- Memiliki dua atau lebih perniagaan milikan tunggal
- Memilik Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)
- Pemegang saham / pengarah syarikat
- Memiliki kenderaan dalam negara melebihi 2,000cc
- Memiliki kenderaan luar negara melebihi 1,400cc
- Memiliki motosikal melebihi 500cc
- Transaksi milikan hartanah melebihi RM500,000
#BSH
#BantuanSaraHidup
~ mbah mento
No comments:
Post a Comment