Thursday, July 17, 2014

KIKI #CDM25 #STEERINGLOCK Siti Fairrah AKhirnya Mohon Maaf, Akui Kesilapan

Selepas dua hari tersebar luas rakaman video wanita yang berang akibat keretanya dilanggar seorang warga emas, wanita terbabit tampil memohon maaf dan mengakui kesalahannya.

Wanita itu, Siti Fairrah Asyikin Kamaruddin, 30, memberitahu, dia telah memohon maaf kepada warga emas terbabit, Sim Siok Hong, 68, pada sebelah petang hari kejadian.



"Saya dan pakcik itu (Siok Hong) telah menyelesaikan masalah ini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan pada hari kejadian. Saya telah memohon maaf kepadanya dan mengaku bersalah dengan apa yang berlaku.

"Saya mahu masyarakat menghormati privasi saya. Kadang-kadang orang ada membuat kesilapan. Mohon maaf tulus ikhlas daripada hati seorang rakyat Malaysia ini," katanya.

Gara-gara keretanya dilanggar dari belakang, seorang wanita mengamuk, hilang pertimbangan dan aksi amukannya itu sempat dirakamkan pengguna jalan raya lain yang berada di tempat kejadian. Wanita pemandu CDM 25 mengamuk tanpa kawalan dengan memegang steeringlock dan memukul kereta warga emas hanya akibat  sebab kena langgar

Video berdurasi lebih dua minit itu menunjukkan seorang wanita berbaju hitam dan bertudung memukul kereta pemandu yang melanggarnya berulang kali dengan pengunci stereng dan meminta bayaran ganti rugi.

Tindakannya yang mengamuk di tengah-tengah jalan raya mengundang komen negatif pengguna media sosial.

No comments: